Hidup ini ibarat RODA. Kenapa roda? Kerana roda itu berputar... Begitu juga kehidupan ini sering berputar mengikut edaran waktu... Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah.. Begitulah putaran kehidupan..Bukanlah selalu indah dengan cerita kegembiraan..Terkadang kita juga diuji sehingga terduduk dan jatuh ke bawah....
"Kenapa sy tak jadi pedal minyak? " , tanye seorang sahabat.. Sayang, dunia ini bulan milik kita... Apa yg terjadi dalam kehidupan kita, apa yang kita buat semuanya aturan Dia Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui... Mungkin untuk kamu, terlebih tekan pedal minyak sehingga tayar berputar terlalu laju dan akhirnye ia pancit dan sukar sekali untuk berputar untuk kembali berada di atas.
Waktu ini, mungkin saat yang paling sukar kamu hadapi dalam hidup... Tapi, seperit mana pun dugaan yang kamu hadapi, saya yakin kamu kuat.. Sayang, orang yang berjaya itu kadang-kadang bermula dari masa lampau yg sukar, sehingga dia bangkit dan terus berjuang untuk mencapai kejayaan. Ingat Sayang..! Apa yang terjadi hari ini jadikan ia satu pengajaran... Jadikan ia satu suntikan semangat baru untuk kamu meneruskan hidup... Sayang, jangnlah kamu beranggapan, sekali kamu jatuh, selamanya kamu akan terus berada di bawah. Selagi langit cerah, selagi hujan mencurah, selagi burung berkicau, selagi matahari menyinar, saya mahu kamu bangkit, berusaha dan berjuang...!
Sayang, apa sahaja yang kamu hadapi... Ingatlah saya sentiasa akan bersama awak.. Andai kamu tak nampak saya di depan mata, tolehlah ke belakang, saya akan selalu ada di sini... Sayang kamu selamanya.... :)
p/s : Thanks for yesterday ... :)